Sunday 18 March 2012

Vanilla Coklat Catat 'Rating' 4.5 Juta Penonton!

Hello Blogger-2 tersayang!Apa khabar?Sihat?Aminnn :) Harini punya entri memang meletup. *agaknye:D* Nak tau knpa?Sbb entri ni berkaitan dengan drama Vanilla Coklat tuh. Tak tau cerita apa tu? Ish-3. Pergi la cari kat google ek? Hehe. Okay. Just straight to the point je. Seperti yg anda semua nampak dekat tajuk entri saya tuh, meletup kan? Ye betul, episod last Vanilla Coklat harituh mencatat rating yg tinggi iaitu 4.5 juta penonton! Hebat sangat cerita neh. Ni gara-2 episod 8 lah ni. Hahaha. Episod 8 yg sweet sangat tuh. Kan? Kayy, dah jauh dari topik ni. 

Berbanding minggu sebelumnya, hanya 3.2 juta penonton yang menontonnya. Tapi last episode ni? Kebaboomm!!! Pencapaian drama ini menyamai pencapaian siri Cinta Elysa yg turut ditayangkan menerusi slot Lestary sebelum ini. Marvelouss!

Eh japp. Korang faham tak nih?? Buat-2 faham je la ek? Okay. Bagi spe yg tak pernah tau Vanilla Coklat ni cerita apa, ni kisahnya:

 Vanilla Coklat mengisahkan seorang pelajar Zara,19 dan Amir,20, yg saling membenci satu sama lain,tetapi dipaksa berkahwin.Atas permintaan keluarga,mereka akur, tetapi menetapkan perjanjian selepas enam bulan berkahwin mereka bercerai.

 Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal (Iqram Dinzly), yg dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.Ibu bapa Zara,Dr Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal,begitu juga ibu bapa Amir,Datuk Ahmad dan Datin Dahila yg kurang menggemari sikap Liyana (Bella Dally) kerana tidak menghormati org tua.

 Pertengkaran akhirnya membibitkan rasa cinta di hati Zara dan Amir.Bagaimanapun,dendam lama menggugat hubungan bapa mereka sehingga berdepan dengan penceraian sebelum akhirnya bersatu sebagai keluarga yg harmoni.

Huh. Penatnya. Amacam?Best kan?Hehe. Sebab tu la rating citer ni tinggi! Sebab jalan ceritanya yg romantik dan pelakonnya yg hebat-hebat belaka.

Ada lagii. Difahamkan,pengarah drama Vanilla Coklat,Emi Suffian Sabhe mempunyai perancangan untuk membuat Vanilla Coklat ini ke layar perak pulak.Maknanya, sebelum ni kan drama,beliau nak lebarkan cerita ni ke filem. F.I.L.E.M.Faham? Baguss. 

Dah la tu.Penat dah ni.Assalamualaikum.Bye :D

#Psst,nak tengok Vanilla Coklat episod 8 tak?Klik SINI

2 comments:

Sesiapa yg hendak bertanya apa-apa, sila komen di sini. Terima kasih. :D